Bila menjelangnya hari raya, pastinya akan ada sesi kunjung mengunjungi antara sanak saudara ataupun sahabat handai.
Seringkali kita lihat di media sosial mengenai rungutan sesetengah orang yang ‘letih’ melayan tetamu terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang lasak dan ‘buas’.
Ada juga sesetengah mereka yang terpaksa menanggung kerugian ataupun ‘kehilangan’ barang peribadi mereka seperti perkongsian seorang individu ini apabila ‘remote tv’ miliknya lesap selepas tetamu pulang berhari raya.
Dia juga sempat membuat ‘pengumuman’ di TikTok mengenai pencariannya itu supaya tetamu yang datang beraya sebelum ini boleh mengesan keberadaan alat kawalan jauh televisyen itu.
Setelah agak lama dia mencari, lelaki itu memaklumkan bahawa remote control itu sudah dijumpai setelah ibunya menerima ‘firasat’ mengenai lokasi kehilangannya.
Rupa-rupanya, alat kawalan jauh itu berada di bawah lipatan sofa yang berada di ruang tamu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama iaitu kehilangan remote control TV di rumah.
Hahaha comel je…