Berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai kisah penghuni flat kos rendah yang ‘extend’ atau mengubah suai rumah mereka sesuka hati sehingga menganggu penghuni yang lain.
Bukan itu sahaja, kecoh pula isu baru mengenai sikap penghuni rumah berstatus strata ini yang mementingkan diri kerana sering ‘cop’ parkir awam dengan menggunakan tong sampah dan motosikal.
Cop parking guna motor pun ada. Dem! Terum gila perangai. pic.twitter.com/R8j8yK7s7F
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 13, 2022
Rasanya semua sedia maklum mengenai parkir yang disediakan di kawasan flat atau ‘apartment’ bertingkat adalah hak milik bebas dan mengamalkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’
Dan baru-baru ini, tular pula di media sosial apabila ada individu sempat merakam tindakan beberapa orang penduduk sebuah flat yang ‘menanda’ tempat parkir dengan tong sampah dan motosikal milik masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram melihat tindakan penduduk itu yang jelas-jelas mementingkan diri mereka sendiri.
Dalam pada itu, ada yang memberi pendapat bahawa lebih baik menyimpan duit lebih dan membeli atau sewa di rumah yang mahal atau privasi supaya jiwa lebih tenteram daripada hidup dengan masyarakat berperangai seperti itu.