(Video)Simulasi Menunjukkan Bagaimana Keadaan Sebelum Pesawat Lion Air Terhempas

Trending

(Video)Simulasi Menunjukkan Bagaimana Keadaan Sebelum Pesawat Lion Air Terhempas

Nahas yang melibatkan pesawat Lion Air JT-610 memang mengejutkan orang ramai seluruh dunia. Hilang dan terputus hubungan dengan menara selepas 13 minit berlepas, akhirnya ditemui terhempas di perairan Karawang Indonesia.

Proses mencari dan menyelamat baki mangsa yang belum dijumpai serta bangkai penuh pesawat masih lagi diteruskan sehingga hari ini. Ramai yang masih berteka-teki dan membuat spekulasi tentang bagaimana kejadian malang yang meragu 189 nyawa itu boleh berlaku.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video simulasi yang menunjukkan bagaimana situasi pesawat JT-610 sebelum tragedi buruk berlaku sehingga ia boleh terhempas ke dalam lautan.

Video simulasi itu telah dilakukan oleh sebuah syarikat penerbangan berdasarkan rakaman data ATC penerbangan.

Pesawat berlepas

Dan akhirnya terhempas

Video simulasi itu hanya dibuat berdasarkan pemerhatian pada data penerbangan yang mereka dapatkan. Kenyataan Indonesia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi tentang bagaimana keadaan dan situasi sebenar ketika berlakunya tragedi tersebut.

Ada juga pihak yang berpendapat video itu perlu di padam kerana dikeluarkan oleh orang awam bukan dari pihak berkuasa Indonesia dan mungkin boleh menimbulkan kekeliruan. Walaubagaimanapun, video ini mendapat lebih 3 ribu retweet.

Data daripada satu kotak hitam milik pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa mendedahkan kapal terbang mengalami masalah dengan penunjuk kelajuan dalam empat penerbangannya sebelum ini. Setakat hari ini, seramai 44 mangsa telah dikenal pasti dan jenazah di kembalikan kepada waris.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...