Sekirang-kurangnya sepuluh orang yang datang meraikan sambutan tahun baru di Kompleks Pandamaran, Pelabuhan Kelang telah cedera terkena bunga api.
Harian Metro melaporkan, kejadian itu berlangsung tengah malam tadi, apabila saksi mengatakan bunga api meletup di atas tanah.
Tujuh dari mereka dikatakan melecur di kaki, manakala tiga lagi melecur teruk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Dua video rakaman kejadian itu sedang viral di media sosial, menunjukkan suasana panik apabila bunga api itu meletup di tengah-tengah orang ramai.
Netizen mempertsoalkan mengapa ciri-ciri keselamatan diabaikan dalam penganjuran sambutan tersebut dan menuntut pihak penganjur bertanggungjawab.
Permulaan tahun baru dianggap mengejutkan dan menyedihkan kerana insiden seumpama ini dianggap boleh menyebabkan kematian. -amazingnara.com