Sebut sahaja nama pelakon Zarina Zainuddin, pastinya dia dikenali dengan lakonannya yang mantap dan juga kehadiran dua orang anak Autisme iaitu Azal dan Azil.
Dia yang turut aktif berniaga pulut kuning dan rendang sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya di media sosial Instagram dan TikTok, tidak kiralah mengenai hal keluarga dan juga bisnes yang diusahakan.
Baru-baru ini, satu perkongsiannya di aplikasi TikTok telah mengundang pelbagai reaksi netizen berikutan dia ada berkongsi saat cemas diserang Azil yang menghidap Autisme.
Azil yang bertindak agresif dilihat telah memukul kepala ibunya itu bertubi-tubi.
Situasi cemas itu ternyata telah membuatkan netizen bersimpati dengan nasib Zarina Zainuddin serta ramai yang mendoakan agar aktres itu sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup.
Ada juga yang memuji ketabahan Zarina menghadapi karenah anak-anak syurga tersebut.
“Allah sudah sediakan sesuatu di syurga di atas kesabaran dalam menjaga anak istimewa, dan orang istimewa telah dijanjikan syurga.” komen seorang netizen.