Di Vietnam, sembilan orang terbunuh apabila satu jambatan gantung yang sedang diseberangi sekumpulan orang yang sedang membawa keranda untuk satu majlis pengebumian terputus.
Lebih kurang 50 orang berada dalam kumpulan itu yang sedang menyeberangi jambatan gantung apabila ia putus semalam, menyebabkan ramai jatuh ke atas batu-batu besar dan tajam 65 kaki ke bawah.
Keranda yang mengandungi mayat seorang berpangkat dalam kampung, terhumban ke dalam sungai cetek, kata wakil polis, Hung Quang Tuyen.
Seramai 41 orang lagi tercedera, ada yang parah, selepas kejadian itu di kawasan pergunungan Lai Chau, lapor Thanh Nien Daily.
Jambatan itu baru dibina setahun lepas, dan siasatan punca kejadian sedang dijalankan.
Laporan asal: NY Daily News.