Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(VIDEO)Segmen “Panggilan Hangit” HOT.fm Dihentikan Selepas 5 Tahun

HOT.fm beberapa jam lepas telah mengumumkan yang segmen popular, “Panggilan Hangit” telah diberhentikan secara rasmi hari ini melalui DJ-DJnya. Mereka bagaimanapun enggan menceritakan sebab segmen itu dihentikan. Anda boleh menonton video pengumuman itu di sini:

Advertisement

Cerita tidak rasmi yang berlegar di Internet bagaimanapun ialah program ini dihentikan kerana protes oleh seorang artis veteran kepada ‘orang-orang atasan’ program itu, yang menyebabkan ianya dihentikan. Artis veteran yang dikhabarkan sejak kebelakangan ini agak sensitif dengan ‘gurauan’ telah menerima Panggilan Hangit dari krew HOT.fm dan telah ‘meroyan’ disebabkan panggilan itu. Seperti biasa, ini kisah yang sedang hangat di Internet, anda tidak perlu percaya 100%.

Bagaimana pagi anda tanpa Panggilan Hangit nanti? Adakah anda rasakan wajar program ini dihentikan? Kalau rajin sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

134 Comments

  1. britbrit

    January 20, 2012 at 8:17 pm

    alhamdulillah…pasni dah xyah gaduh2 ngn laki aku dah sebab nak tuka channel. coz aku xsuke dgr hotfm, pantang betul aku pagi2 bukak hotfm sbb bukak2 je dgr pggln hangit ni.

  2. shin chan

    January 20, 2012 at 7:44 pm

    ak pn dh x mnat hot fm skng ni…ak lg mnat era sbb ad Johara….sape skong aku???hahaha….

  3. Nurul

    January 20, 2012 at 4:13 pm

    aku dengar Sinar fm je….hahahaha…..lantak la lagu lama ke apa retro ke…yang penting DJ sume bagus2….no wonder la dapat radio no.1 di Malaysia ni…..

  4. marimar

    January 20, 2012 at 3:48 pm

    dj dier pon x semenggah kata2.. si fara fauzana tu luar sombong nk mampos tau la naik BMW X5 kan so no need to be arrogant.. cakap kat radio kemain nasihat sna cni tpi dri sendirik x termotivate.. dah la hot fm ni banyak sangat iklan pstu dj pun punya ramai nak dengar sape dlu yang bercakap pun xtau.. aptb.. -,-

  5. vanila ceklat

    January 20, 2012 at 2:34 pm

    aku dengar CD k-pop 24 jam dalam kete lg bahagia dr dgr hot fm especially panggilan hangit. dah la sore dj2 pompuan kebanyakanny sakit telinga. kalau tergelak tu masing2 mengilai2 terbahak2 mengalahkan mak lampir termasukla yg laki2. sokong sgt2 panggilan hangit dihentikan. tak mengembangkan minda langsung. pastu iklan lagi banyak dr lagu. tak enjoy ok.

Loading...
To Top