(VIDEO)Seekor Burung Kelicap Melawat Lelaki Tua Yang Baik Hati Ini Setiap Hari

Trending

(VIDEO)Seekor Burung Kelicap Melawat Lelaki Tua Yang Baik Hati Ini Setiap Hari

Setiap hari, Joao Silvestrini, 83, dilawat oleh satu tetamu luar biasa – seekor burung kelicap. Ia terbang masuk dan keluar dapur rumahnya di Brazil beberapa kali setiap hari, singgah untuk berkicau dan minum air gula.

Cerita persahabatan luar biasa antara manusia dan burung ini telah menjadi popular di Facebook, setelah Joao merakam video burung itu dan memuat naik video tersebut ke dalam talian bulan lepas. Rakaman itu menunjukkan burung kelicap terbang mengelilingi kepala Joao dan menunggu dengan sabar sebelum ia ditawarkan dos harian air manis yang diinginkannya.
hummingbird-friend-550x412
Joao ialah seorang lelaki bujang dan seorang ahli ornitologis (zoologi burung) yang telah bersara. Dia bangun setiap hari pada pukul 5.30 pagi untuk membuka tingkap dapur bagi menunggu sahabatnya. Tidak lama kemudian, burung kelicap yang ditunggu akan sampai untuk mencari air dan ia akan meneruskan rutin itu beberapa kali dalam sehari. Ujar Joao sambil ketawa:-

Advertisement

Apabila ia mahu air, ia terbang mengelilingi saya, ia takkan benarkan saya guna komputer.

Saya sukakan haiwan dan selalu letakkan air gula untuk burung kelicap di halaman belakang rumah, tetapi yang seekor ini tidak malu untuk masuk ke rumah. Saya bercakap dengannya, cuba untuk mendekatinya, namun ia tak pedulikan saya. Malah, ia hanya peduli untuk minum air.

Kata Joao, tabiat luar biasa burung kelicap itu tidak mengejutkannya, kerana burung itu tampak sudah biasa dengan manusia sejak kecil. Dia turut menerangkan yang burung kelicap bersifat menguasai kawasan, jadi jika burung lain cuma minum dari bekas minuman khas, ia akan mula bergaduh.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sejak dia memuat naik video itu, Joao telah mendapat likes dan permintaan ‘friend’ di Facebook.

Saya tak dapat menilai semua permintaan ‘friend’, saya hanya tutup mata dan terima.

Dia teruja dengan respon positif orang ramai, kerana pada asalnya dia hanya mahu berkongsi video itu dengan saudara mara dan rakan rapat, dan tidak menyangka akan dikenali kerananya.

Walaupun dia rasa gembira kerana burung kelicap itu sudi menemankannya, Joao tahu persahabatan mereka tidak akan bertahan lama. Dia sedar yang burung itu semakin membesar, dan satu hari nanti akan mula hidup berdikari dan mendapatkan makanan dari sumber lain. Katanya:-

Ia semakin membesar, semakin hampir dewasa dan suatu hari nanti akan meninggalkan saya. Itulah kehidupan.

via: Planet Vet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...