(VIDEO)Salah Isi Minyak RON 95, Abang Biker Tendang Juruwang Stesen Minyak

Trending

(VIDEO)Salah Isi Minyak RON 95, Abang Biker Tendang Juruwang Stesen Minyak

Dua video yang viral di media sosial menunjukkan satu kejadian malang yang berlaku kepada juruwang sebuah stesen minyak di Sungkai, Perak kerana dipukul akibat tersalah isi minyak RON 95.

Video-video itu menunjukkan seorang lelaki berbadan gempal meminta juruwang itu keluar dari kaunter bayaran dalam kedai serbaguna.

Dia kemudiannya menendang juruwang itu sehingga jatuh terduduk di atas jalan.

Advertisement

Susulan itu, mangsa telah membuat satu laporan polis  mengenai kejadian tersebut.

Kejadian itu dikatan berlaku pada 6 Oktober lepas pukul 12.45 tengahari.  Penyerang dikatakan ingin mengisi minyak Ron 97 namun tidak menyatakannya pada juruwang. Juruwang seterusnya mengisi minyak Ron 95 ke dalam tangki bahan api motosikal penyerang.

Ini menyebabkan penunggang motosikal tersbeut berang dan menyerangnya. Buat masa ini, individu yang membuat serangan tersebut masih dicari polis. – amazingnara.com

Sumber: @iamjayrahman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...