(VIDEO)Saintis Korea Selatan Berjaya Cipta Anjing ‘Bercahaya Dalam gelap’

Trending

(VIDEO)Saintis Korea Selatan Berjaya Cipta Anjing ‘Bercahaya Dalam gelap’

Menurut sebuah akhbar yang menerbitkan jurnal Genesis, saintis Korea Selatan telah mencipta seekor anjing yang bertukar hijau flouresen di dalam  gelap. Teknik pengklonan yang diutilisasikan ini boleh menjadi alat yang berkuasa untuk mencari penawar bagi penyakit Alzheimer dan Parkinson. Anjing betina jenis Beagle ini ialah haiwan pertama yang berperanan serampang tiga: bahan kajian, binatang peliharaan dan sumber cahaya di waktu malam.


Haiwan-haiwan lain termasuk Ruppy yang merupakan anjing merah fluoresen, dan kucing yang bernama Mr. Green Genes, dan monyet-monyet yang mengeluatkan cahaya hijau telah digunakan dalam eksperimen-eksperimen yang serupa seperti ini dalam dekad yang lepas.

Advertisement


Bagaimanapun, Tegan ialah merupakan satu penemuan dalam teknik pengklonan kerana kilauannya boleh dipadamkan dan dipasang semula, dan dipantau dengan menambahkan sejenis antibiotik ke dalam makanannya. Kebolehan untuk memasang dan memadam gen ini penting kerana ia membolehkan saintis memantau semua gen yang diberikan,

Para saintis menjustifikasi menggunakan anjing sebagai model kerana ada 268 penyakit manusia yang ada persamaan degan penyakit-penyakit anjing. Tegan ialah satu kerja dalam pembikinan, kerana gene fluoresen yang diberikan kepadanya ialah bukti teknologi yang digunakan untuk menciptanya benar-benar berjaya.

Penciptaan Tegan membukan lembaran baru kerana gen ‘bercahaya dalam gelap’ yang disuntik kepadanya boleh digantikan dengan gen penyakit-penyakit berbahaya manusia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...