(VIDEO)Saat Menyayat Hati Isteri Pengarah Hospital Lepaskan Mayat Suaminya Kerana Covid-19

Trending

(VIDEO)Saat Menyayat Hati Isteri Pengarah Hospital Lepaskan Mayat Suaminya Kerana Covid-19

Mereka yang bekerja di hospital terdedah kepada jangkitan coronavirus iaitu Covid-19. Ramai staf perubatan yang telah dijangkiti dan ada yang telah meninggal dunia akibat virus itu, antaranya Dr. Liang Wudong, Dr. Li Wenliang dan terbaru, Pengarah Hospital Wuchang di Wuhan dan ahli pembedahan neuro Dr. Liu Zhiming.

Gambar: Dr. Liu Zhiming

Apabila van yang membawa mayat Liu Zhiming mula beredar, seorang wanita lengkap mengenakan sut perlindungan berpaut pada van kerana ingin  melihat Zhiming buat kali terakhir.

Advertisement

Wanita itu ialah isterinya, Cai Liping yang merupakan ketua jururawat hospital itu. Liping dilihat menangis teresak-esak di perkarangan hospital kerana terpaksa melepaskan mayat suaminya yang perlu dibakar dengan segera untuk mengelakkan penyebaran wabak.

Rakaman video itu menyayat hati warganet yang bersimpati dengannya.

Satu laporan sebelum ini menyebut, lebih 1,700 staf perubatan di China telah dijangkiti coronavirus, dengan tujuh kematian. Satu kajian mendapati, 29% dari keseluruhan mereka yang dijangkiti coronavirus di China ialah staf perubatan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...