Seorang wanita yang baru membeli roti di sebuah kedai di Cyberjaya terbunuh setelah dilanggar lari kereta milik seorang warga asing.
Wanita itu dilanggar oleh pemandu yang menaiki kereta jenis Hyundai bernombor plat BHS7999.
Wanita itu, Wan Amirah Alias bekerja sebagai seorang penolong pengurus di sebuah syarikat.
Berikut ialah rakaman kejadian yang meragut nyawa Wan Amirah. Ia dipercayai berlaku pada Rabu, 17 Oktober 2018 pada jam 7.35 petang.
Shaftbury square today ! Crash and run. Kesian perempuan tu baru keluar tealive. Get well soon ! pic.twitter.com/CFz8EvrmYT
— cesc hafiz (@cesc_hafiz09) October 17, 2018
Wan Amirah berada dalam koma selepas kejadian dan telah meninggal dunia lebih kurang jam 4.00 pagi tadi.
Jenazah Wan Amirah akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
