(VIDEO)Saat Ahli Keluarga Seorang Penumpang MH370 Berjaya Menghubungi Telefon Bimbitnya – Tetapi Tiada Jawapan

Trending

(VIDEO)Saat Ahli Keluarga Seorang Penumpang MH370 Berjaya Menghubungi Telefon Bimbitnya – Tetapi Tiada Jawapan

Ahli keluarga seorang penumpang lelaki penerbangan MH370 yang masih hilang  berjaya menghubungi telefon bimbit lelaki itu, bagaimanapun tiada siapa yang menjawab panggilan.

Video ini menunjukkan saat ahli keluarga lelaki itu menelefon beliau, yang merupakan antara 239 penumpang penerbangan yang dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu lepas, bagaimanapun penerbangan itu hilang secara misteri pada pukul 2.40 pagi seperti yang diisytiharkan oleh Malaysia Airlines dan tidak dapat dikesan.
Missing-Flight-graphic-3222789

Advertisement

Panggilan itu berjaya disambungkan, tetapi ia tidak dijawab sehingga panggilan terputus.

Perkembangan ini membangkitkan lebih banyak persoalan tentang apa yang sebenarnya telah terjadi pada penerbangan MH370.

Penerbangan itu kali terakhir dikesan di kawasan timur pantai semenanjung Malaysia sebelum hilang sebarang bentuk hubungan dengan pengawal trafik udara..

Laporan asal: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...