Walau apa pun kesalahan orang lain, wajarkah anda bertindak melampaui batas? Itulah yang penulis fikirkan mengenai rakaman kamera litar tertutup di lobi sebiah hotel di Ipoh.
Video itu menunjukkan seorang penyewa bilik hotel mencampakkan dua helai tuala ke muka seorang pekerja kaunter hotel.
Pengguna Facebook Alisya Othman memberitahu, penyewa yang sama meniggalkan sehelai tuala tersumbat dalam tandas bilik hotel mereka. Bagaimanapun, sebab sebenar mereka berbuat demikian tidak diketahui.
Rakaman wanita yang dinamakan Nories Ismail itu boleh dilihat di bawah.
Ini pula gambar tuala dalam mangkuk tandas serta profil Facebook Nories Ismail.


Nories juga meninggalkan komen mengejek pekerja hotel itu di sebuah laman Facebook yang menulis mengenai kejadian tersebut.
Mungkin ada yang akan mengatakan pasti wanita itu ada sebab melakukan sedemikian, tetapi penulis rasa atas sebab apa pun tentang perkhidmatan hotel tersebut, wanita itu tiada sebab melakukan sampai begitu.
Mujur juga pekerja kaunter yang dicampakkan tuala itu tidak bertindak balas. Kalau kena dengan orangnya, tapak kaki dia masukkan dalam mulut Nories (ahem, penulis). –amazingnara.com
Sumber: Alisya Othman