Rakaman ini menunjukkan seorang guru di sebuah taska yang didapati memukul anak-anak yang dijaganya melalui kamera tersembunyi yang diletakkan dalam sebuah beg.
Lokasi taska ini tidak dapat dipastikan, tetapi penjaga ini, seorang wanita, didapati memukul kepala seorang budak yang mungkin hanya berusia antara satu hingga tiga tahun berkali-kali sehingga anak itu menangis kerana tidak mengambil lampin pakai buang apabila disuruh. Apa yang pasti, mengikut blog ini kejadian itu berlaku di sebuah taska di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan mengikut video, ia dirakamkan pada 18 Oktober lepas.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang menghantar anak ke taska ini pada 20 Oktober memandangkan dia risau dengan nasib anaknya dan anak-anak yang lain sekiranya berterusan dijaga di taska tersebut.
Pada 20.10.2013 lebih kurang pukul 11.00 pagi, saya telah dpanggil oleh pegawai JPJ(PO) yang bernama ……….. di JPJ Wangsa Maju untuk melihat video rakaman perbuatan memukul kanak-kanak di Taska Permata Harapan, Taman Melati Wangsa Maju Kuala Lumpur. Saya dan ……… menghantar anak di bawah jagaan taska itu. Di dalam video tersebut saya dapat lihat wajah anak saya dengan jelas dalam ketakutan, saya juga lihat pekerja yang juga pemilik taska yang dikenali sebagai Puan Rozita memukul kanak-kanak di taska. Menurut ………….video ini dirakam olehnya melalui kamera yang dipasang di dalam beg pakaian anaknya. Menurut beliau juga perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak JKM dan juga Kemas. Bersama laporan ini saya bawakan sekali rakaman video tersebut. Saya merasa bimbang terhadap anak saya dan juga kanak-kanak lain yang berada di bawah jagaan taska itu. Oleh itu saya hadir di Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat laporan. Sekian laporan saya.
Tidak disangka sama sekali seorang yang mencari makan dengan membuka taska sanggup memukul anak kecil sedangkan khidmatnya untuk menjaga anak adalah khidmat dibayar. Sekiranya tidak sanggup menjaga, maka beliau sepatutnya tidak membuka taska malah tidak sesuai membuka zoo sekali pun.
Apa pendapat anda?