(VIDEO)Rakaman Mendebarkan Saat Seorang Gadis Diculik Beberapa Lelaki Jadi Viral

Trending

(VIDEO)Rakaman Mendebarkan Saat Seorang Gadis Diculik Beberapa Lelaki Jadi Viral

Rakaman seorang gadis diculik masuk ke dalam sebuah kereta oleh beberapa orang lelaki telah menjadi viral. Pengguna Facebook, Adrian Ismail, memberitahu kejadian itu berlaku malam semalam di parkir sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
CulikAN

Menurut Adrian, gadis itu merupakan seorang pembantu tetamu untuk sebuah homestay di situ. Dia turun ke kawasan parkir itu mengekori seorang tetamu yang biasa berkunjung ke homestay tersebut untuk menyerahkan kad parkir dan kunci homestay.

Advertisement


Bagaimanapun ketika menunggu tetamu homestay membuka pintu kereta, dua orang lelaki tiba-tiba keluar dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang kereta tetamu itu dan mendekati gadis itu dari belakang.

Salah seorang lelaki dilihat bercakap dengan gadis itu yang dilihat cuba bertenang, diiringi lelaki tersebut untuk masuk ke kereta mereka.

Bagaimanapun, gadis itu dilihat cuba melarikan diri secara tiba-tiba, menyebabkan lelaki itu mengejarnya. Dia gagal melarikan diri, ditangkap dan diheret masuk ke dalam kereta oleh dua lelaki tersebut.

Ia boleh ditonton di bawah:

Ini pula ialah gambar gadis itu seperti yang dimuat naik oleh Adrian.

MangsaAN
Ramai netizen mempersoalkan mengapa seorang wanita yang lalu di jalan itu sewaktu penculikan itu tidak bertindak sebaliknya beredar dari situ tanpa melakukan apa-apa.

Bagi penulis mungkin wanita yang sedang lalu itu merasa takut diapa-apakan jika cuba membantu.

Rakaman ini menjadi viral dan telah dikongsi lebih 11,000 kali. – amazingnara.com

Sumber: Adrian Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...