Di saat sesetengah umat Islam dikecam akibat melakukan keganasan kerana marah dengan sebuah filem yang dikatakan menghina Islam, sebilangan orang Islam lain yang menentang keganasan turut merasa tempiasnya. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Namun satu video telah muncul beberapa belas jam lepas memaparkan rakyat-rakyat Libya telah cuba untuk menyelamatkan Duta Amerika Syarikat (AS), Christopher Stevens dengan mengeluarkan beliau dari bangunan kedutaan yang dipenuhi asap tebal.
Terjemahan untuk kata-kata mereka ialah:
“Ada seseorang di dalam. Dia seorang warga asing. Dia seorang warga asing. Bawa dia keluar.”
“Tolong bawa dia keluar. Bawa dia keluar.”
“Lelaki itu masih hidup. Bawa dia keluar.”
“Hidup. Hidup. Allah maha besar!”
“Beri ruang. Ada ahli perubatan di sini? Ada tak yang boleh tolong bawakan kereta dengan cepat?”
Syukur, masih ada umat Islam di Libya yang rasional. Malang sekali. Christopher telah meninggal dunia.
Semoga Tuhan mempermudahkan kehidupan mereka yang cuba menolong, Amin.