(VIDEO)Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Pecat Pekerja

Trending

(VIDEO)Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Pecat Pekerja

Di era moden ini, makin banyak platform media sosial, antaranya TikTok. TikTok ialah satu platform video pendek di mana orang ramai boleh menunjukkan kreativiti. Antaranya menari dan menyanyi.

Bagaimanapun, ada yang merasa ketagih dengan platform ini dan kerap memuat naik video. Dalam satu rakaman video, seorang wanita yang sedang berada dalam pejabat dirakamkan sedang beraksi untuk akaun TikToknya dan perbuatannya dilihat majikan.

Advertisement

Melalui perbualan dalam video itu, majikan itu merasa geram melihat wanita tersebut leka membuat rakaman untuk akaun TikTok dan tidak membuat kerjanya melalui rakaman kamera litar tertutup.

Seorang wanita lain dipercayai rakan sekerja wanita TikTok itu memberitahu majikannya, wanita tersebut biasanya akan beraksi untuk TikTok sebaik masuk waktu kerja dan hanya berhenti setelah puas.

Sehubungan itu, wanita TikTok tersebut dikatakan telah dipecat oleh majikannya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mendakwa majikan sepatutnya memberi ruang untuk pekerja melepaskan stres atau rasa bosan asalkan kerja dibuat dengan baik dan dihabiskan.

Namun begitu, ada yang menyatakan ia hak majikan untuk memecat pekerja yang mencuri tulang pada waktu pejabat.

Ada yang menyatakan peraturan tempat kerja mereka terlalu tegas menyebabkan tidak seronok bekerja, dan mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih memberi ruang kepada mereka untuk bersantai.

Bagaimanapun, jika anda terlalu kerap bermain TikTok sehingga pekerja lain boleh perasan, mungkin anda menghabiskan terlalu banyak masa bermain Tiktok. Jadikan ini pengajaran dan sila berhati-hati di masa akan datang di tempat kerja baru. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...