(VIDEO)Pengawal Keselamatan Biarkan Saja Suspek Culik Kanak-kanak Dua Tahun Yang Dikelar Leher

Trending

(VIDEO)Pengawal Keselamatan Biarkan Saja Suspek Culik Kanak-kanak Dua Tahun Yang Dikelar Leher

Seorang pengawal keselamatan di pusat beli belah Kota Raya menyaksikan Siti Soffea Emelda diculik tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suspek.

Siti Soffea, yang berusia dua setengah tahun ditemui dengan kepala terpisah dari badan di tebing Sungai Klang, berhampiran Jalan Hishammudin di Kuala Lumpur malam semalam.

Advertisement

Menurut The Malaysian Insider, sumber polis berkata penculikan ini dirakamkan oleh kamera litar tertutup yang diambil di premis tersebut.
1508986_634848699925525_1386786320613602970_n

Semasa insiden ini sedang berlaku di tingkat empat, seorang pengawal keselamatan menyaksikan suspek mendekati Siti Soffea, yang dilihat cuba bersembunyi di sebalik tiang.

Bagaimanapun, suspek menangkap Siti Soffea dan membawanya keluar.

Pengawal itu tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suspek dari pergi bersama budak itu.

Siasatan awal polis mendapati ibunya, Siti Salmy, 32, seorang gelandangan dan tidak bekerja.

Bapa Siti Soffea, menurut sumber, sedang dipenjarakan.

Oleh itu, Siti Salmy dan anaknya berkeliaran sekitar Kuala Lumpur dan bergantung pada ihsan orang lain.

Polis mendedahkan yang Siti Salmy memiliki tiga orang anak, namun dua lagi tinggal dengan saudara mara.



Hanya Siti Soffea mengikut ibunya merayau sekitar bandaraya setiap hari.

Pada malam kejadian, dua orang warga Sabah melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea berjalan merentasi rumput panjang di tebing sungai.

Dua saksi itu melihat suspek mencekik mangsa sambil menekannya ke atas tanah.

Suspek kemudiannya mengambil sesuatu yang kelihatan seperti objek seramik dan menggunakannya untuk memukul mangsa.

Dua orang Sabah itu kemudiannya memberitahu kejadian itu kepada seorang polis bantuan di bangunan Public Bank berhampiran.

Apabila menyedari dihampiri polis bantuan itu, suspek terjun ke Sungai Klang.

Dua saksi itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis di Jalan Hang Tuah untuk menghasilkan fotofit suspek.

Apabila polis menemui mayat Siti Soffea di tebing Sungai Klang di belakang stesen komuter KTM Kuala Lumpur, berdekatan Jalan Tun Sambanthan, budak itu memakai seluar putih dan lampin pakai buang.

Polis menemui sepasang sandal dipercayai milik suspek, sepasang sandal kanak-kanak, baju putih kanak-kanak, pengikat rambut dan serpihan seramik di tempat kejadian.

Walaupun siasatan awal melaporkan suspek sebagai warga asing, polis kini mempercayai suspek ialah warga tempatan yang baru dibebaskan dari penjara.

Suspek dipercayai penagih dadah yang bekerja sebagai atendan tempat letak kereta berhampiran Kota Raya.

Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar berkata polis menerima maklumat pada pukul 9.00 malam.

Gan memberitahu yang Siti Salmy sedang melepak bersama rakan di Kota Raya pada pukul 3.00 petang apabila ke tandas.

Dia meminta seorang rakannya mengawasi anaknya semasa di ke tandas.

Apabila ibunya keluar dari tandas lima minit kemudian, anaknya telah hilang.

Ibunya dan rakan cuba mencari mangsa sekitar pusat beli belah tersebut namun gagal menemuinya.

Polis mempercayai bahawa suspek telah cuba merogol mangsa dan memukulnya bila mangsa meronta.

Mayat Siti Soffea telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.

Gan berkata polis mempercayai suspek telah lemas dan sedang menjalankan operasi mencari di kawasan terlibat.

Laporan asal: The Malaysian Insider

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...