Seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu video menunjukkan seekor beruk diberi hisap rokok oleh seorang pemuda yang bercakap dalam loghat Kelantan. Dalam deo itu, mata beruk tersebut dilihat berair dan seolah-olah sukar bernafas tetapi tidak tahu bagaimana mahu membuang rokok di mulutnya.
I got this video from my friend. So aku nak tanya, kau rasa lawak ke buat benda ni dekat ‘binatang’.
Mana sifat perikemanusiaan dalam diri kau wahai manusia. Kau rasa benda ni lawak ke? Aku tengok macam kera ni sesak nafas dah dengan asap rokok tu. Bodoh! pic.twitter.com/9YPHilZJTK
— ????? ? (@imranmohdbali) December 3, 2018
Video itu menimbulkan kemarahan Netizen yang menganggap ia perbuatan keterlaluan.
Orang bebal je rasa kelakar
Tak sanggup tengok sampai habis
Ada yang meminta identiti sebenar pemuda yang memberi rokok pada beruk ini didedahkan kerana ia penganiayaan terhadap haiwan.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dicipta bertujuan untuk memastikan pemilik bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka dan ia berkuatkuasa sejak 1 Julai 2017. Penguatkuasaan ini menyaksikan mereka yang didapati bersalah dalam lima keperluan utama yang digariskan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti penalti bermula RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara hingga 3 tahun. – amazingnara.com