(VIDEO)Pemandu Lori Dibelasah Teruk Sekumpulan Lelaki Kerana Terlanggar Mercedes Benz

Trending

(VIDEO)Pemandu Lori Dibelasah Teruk Sekumpulan Lelaki Kerana Terlanggar Mercedes Benz

Gara-gara gostan ketika memandu lori, seorang lelaki dibelasah teruk beberapa orang lelaki setelah belakang kenderaannya terlanggar hadapan kereta Mercedes milik seorang lelaki lain.

PemanduAN

Advertisement

Kejadian itu berlaku pada lebih kurang jam 2.15 petang Sabtu lalu. Empat lelaki yang membelasah pemandu tersebut kini diburu polis.

Waktu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu lori dan kereta, dan berlaku pergelutan.

Bagaimanapun, empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan tiba-tiba muncul dan turut membelasah pemandu lori terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

3

2

1

Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul suspek.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...