(VIDEO)Pegawai Polis Belikan Sekarton Telur Untuk Nenek Yang Ditangkap Mencuri

Trending

(VIDEO)Pegawai Polis Belikan Sekarton Telur Untuk Nenek Yang Ditangkap Mencuri

Seorang anggota polis di Alabama, AS, dipanggil ke satu pasaraya setelah seorang nenek ditangkap kerana mencuri telur untuk memberi cucu-cunya makan. Khabarnya, cucu wanita itu belum makan selama dua hari.

24019C9D00000578-2871737-image-a-17_1418405988274

Advertisement

Pegawai William Stacy datang ke tempat kejadian, dan apa yang dilakukan oleh beliau kemudiannya menyebabkan wanita tua itu memanggilnya ‘hero’.

Helen Johnson terdesak kerana wang kebajikan yang diterima setiap bulan masih belum sampai. Dia datang ke kedai untuk membeli telur, tetapi mendapati tidak cukup wang sebanyak USD 0.50 bagi mendapatkan satu karton telur. Dia kemudiannya memutuskan untuk menyembunyikan lima biji telur dalam saku jaketnya. Dia memberitahu WIAT:

Saya fikir jika tidak beri cucu saya makan, mereka akan mati.

Telur itu pecah dalam sakunya dan seorang pekerja kedai bertanya jika dia mencuri telur. Helen mengaku dan mereka memberitahu sudah memanggil polis.

Apabila pegawai polis Stacy tiba, Helen memberitahunya yang dia perlu bantuan untuk memberi cucunya makan. Stacy mengingat semula kejadian itu:

Saya tak sampai hati mendengarnya.

Dia kemudiannya menyuruh Helen tunggu di lot parkir dan Stacy masuk ke dalam kedai untuk membeli satu karton telur. Wanita itu tergamam. Kata Stacy kepada AL.com:

Dia mula menangis, jadi sangat emosional dan asyik meminta maaf. Dia cuba beri wang yang ada padanya kepada saya, sebanyak USD 1.25.

Kebajikan yang dilakukan oleh Stacy dirakamkan oleh seorang saksi yang berada berhampiran kedai pada masa itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

2401561C00000578-2871737-Overwhelming_Helen_Johnson_gets_emotional_as_she_unpacks_donated-a-11_1418405988214

2401562800000578-2871737-The_hug_that_changed_her_life_Helen_Johnson_thanks_Tarrant_Polic-a-12_1418405988225

Bukan itu saja, Stacy turut membantu Johnson setelah kembali ke balai polis. Apabila Jabatan Polis Tarrant mengetahui keadaan keluarga Johnson, polis telah melaksanakan kutipan derma mainan dan makanan dari komuniti setempat. Dua trak makanan telah dihantar ke pintu rumah Johnson sebagai hasilnya. Helen sangat terharu.

Saya cuma mahu dapatkan telur dan sekarang itu telah menyelamatkan hidup saya. Saya rasa sangat bersyukur. Saya sangat terharu dengan kebaikan mereka semua. Hati saya terbuka luas sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...