Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan untuk membendung penyebaran wabak COVID-19. Namun begitu masih ramai yang bergerak keluar atas pelbagai urusan, namun begitu ada juga yang tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya urusan mereka untuk keluar.
Dalam satu video yang dikongsikan pengguna Twitter, semua pemandu yang melalui sekatan jalan raya tetapi tidak mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan sebab mereka perlu bergerak telah diarahkan oleh polis untuk membuat pusingan-U.
Seperti yang kelihatan dalam video laporan Malaysia Gazette TV Live, hanya individu yang membuat penghantaran dan mempunyai dokumen rasmi saja dibenarkan untuk melepasi sekatan jalan raya menuju ke destinasi yang dikehendaki.
Jadi selepas ini, jika tanpa sebarang sebab munasabah, anda seharusnya duduk di rumah saja dan keluar jika ada urusan rasmi, dengan dokumen untuk membuktikannya.
Untuk membeli-belah, anda sepatutnya hanya ke pasaraya terdekat dengan rumah anda.
Mari bersama hapuskan COVID-19 dengan mematuhi PKP. – amazingnara.com