(VIDEO)Nur Darleen Dazeera Dilepaskan Penculik Kerana Viral Media Sosial?

Trending

(VIDEO)Nur Darleen Dazeera Dilepaskan Penculik Kerana Viral Media Sosial?

Pagi tadi, seorang pelajar berusia 15 tahun di  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras,  Nur Darleen Dazeera Azhar dipercayai dilarikan dua lelaki menggunakan motosikal di hadapan rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn.
14433153_166432373801785_4992149582110676937_nKejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu ketika mangsa sedang menunggu van untuk ke sekolah sebelum dilarikan dua lelaki menggunakan sebuah motosikal yang mana mangsa dikatakan berada di tengah-tengah dua lelaki berkenaan.

Advertisement


Difahamkan, kejadian tersebut dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa.

14446091_166432337135122_5598365922025469597_n

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, Nur Darleen bagaimanapun ditemui berjalan kaki sendirian di tepi jalan oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya di Kajang.

Menurutnya, pelajar berusia 15 tahun berkenaan ditemui kira-kira 3.4 kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki bermotosikal itu.


Pelajar ini dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan masih lagi dalam keadaan berbaju seragam sekolah iaitu kira-kira tujuh jam dilaporkan hilang.

Mangsa kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk diambil keterangan.

Sementara itu menurut satu sumber tidak rasmi kepada AmazingNara, mangsa diculik dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu bersenjatakan parang.

Setelah dilarikan menaiki motosikal, mangsa dikatakan dipindahkan ke sebuah kereta dan dibawa ke sebuah rumah.

Bagaimanapun, penculik dipercayai telah melepaskan Darleen apabila mendapati berita mengenai pelajar itu menjadi viral di media sosial.

Polis sedang menyiasat motif kejadian dari segala aspek, termasuk dendam. –amazingnara.com

Sumber tambahan: Utusan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...