(VIDEO)Netizen Berang Pemuda Pukul, Langgar Teman Wanita Dengan Motosikal

Trending

(VIDEO)Netizen Berang Pemuda Pukul, Langgar Teman Wanita Dengan Motosikal

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang gadis dilanggar oleh seorang pemuda dengan motosikal susulan pergaduhan mereka. Apa yang mengejutkan, pemuda itu dipercayai teman lelaki gadis tersebut memukulnya beberapa kali sebelum mereka berdua pergi dari kawasan tersebut dengan menaiki motor.

Video itu dirakamkan oleh seorang pemuda dari tingkat aas rumahnya.

Advertisement

Kejadian ini menimbulkan kemarahan Netizen yang merasa terkejut dan kesal dengan tindakan pemuda yang menaiki motosikal.

“Siap ambil lajak.”

“Senang-senang pukul anak orang.”

“Cari sampai ke lubang cacing!”

Namun begitu, ada membberi pendapat kadangkala wanita yang terbabit dalam sehubungan begini tidak mahu ditolong.

Seorang Netizen memberitahu ia adalah perkara biasa dalam hubungan berbentuk penderaan kerana wanita itu terlebih dahulu didera secara emosi.

Terdapat Netizen yang mempersoalkan mengapa pemuda yang merakamkan kejadian itu tidak melakukan sesuatu untuk menolong gadis itu. Menurut pemuda yang merakamkan video tersebut,  kejadian itu berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat memberi pertolongan pada gadis itu.

Katanya, kejadian itu berlaku di bahagian belakang bangunan rumahnya yang mempunyai pagar konkrit tinggi. Untuk ke situ, dia perlu pergi ke bahagian depan, melalui pos pengawal dan kemudian perlu memandu ke belakang bangunan dan untuk menaiki kereta di parkir bawah tanah saja memerlukan lima minit.

Disebabkan nombor plat motosikal pemuda itu tidak kelihatan, Netizen mengharapkan sekurang-kurangnya gadis yang didera teman lelakinya itu akan tampil mendapatkan bantuan dan menggunakan video tersebut sebagai bukti untuk laporan polis. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...