(VIDEO)Nazim Othman Dalam Video Muzik Rasmi Misha Omar, Angin Syurga

(VIDEO)Nazim Othman Dalam Video Muzik Rasmi Misha Omar, Angin Syurga

Lagu hit terbaru Misha Omar, Angin Syurga sememangnya membuai perasaan. Apatah lagi menonton video muzik rasminya yang menampilkan pelakon kacak, Nazim Othman. Pada pendapat kami mood video ini sesuai sekali dengan liriknya, namun ia mengingatkan kami pada video muzik “She’s All I Ever Had” dendangan Ricky Martin terutamanya dari segi jalan cerita.




Untuk makluman anda, video ini baru saja dikeluarkan semalam di rangkaian Vevo Misha Omar. Jom layan video yang cantik ini untuk mulakan hari anda.

Advertisement

***

Adakah anda masih ingat dengan Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada tahun lepas?

Pemarkahan telah dibuat dan pemenang-pemenang telah dipilih. Mereka akan diumumkan di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang akan diadakan di Pentas Bergerak, Perkarangan Panggung Bandaraya pada 13 April 2013 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam. Sememangnya Malaysia tidak tandus dengan penggubah lagu berbakat! Jom rasakan debaran pengumuman pemenang bersama kami di sana nanti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...