Satu perkongsian daripada seorang wanita di TikTok telah berjaya menarik perhatian netizen apabila baju rayanya yang bernilai kira-kira RM20k ‘hancur’ sekelip mata gara-gara kuah sate.
Dalam perkongsian video itu, wanita itu mendakwa baju raya yang diperbuat daripada kain sutera itu telah terkena kuah sate sekaligus membuatkan ia rosak dan tidak cantik dipakai di hari raya.
Namun begitu, netizen merasakan wanita itu hanya ingin ‘menunjuk-nunjuk’ mengenai baju raya mahal dan berasal dari ‘kayangan’ itu.
Untung ada kuah, kalau tak satu dunia tak tahu baju raya harga RM20k. – netizen
Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan baju raya yang berharga murah lebih ‘function’ kerana segala kotoran dapat dihilangkan setelah dicuci.
“Bukan nak riak, baju aku RM50, kuah satey, kuah daging tumpah atas baju, tak de hal lap je hilang selalu.” tulis netizen.