Written by AbangNara | November 28th, 2019

Sedang Abang Nara cuba melelapkan mata malam semalam, tiba-tiba diri ini menerima beberapa buah video yang menunjukkan beberapa orang gadis sedang berhibur. Menurut si pengirim video, salah seorang daripada gadis tersebut ialah pelakon Chacha Maembong. Memakai bikini berwarna oren di dalam video tersebut, gadis mirip Chacha Maembong ini dikatakan sedang berparti di Bali bersama rakan-rakannya. Jelas mereka sedang bergembira dan berseronok dapat meluangkan masa bersama-sama,

chacha maembong

Tiada apa yang salahnya untuk seorang gadis seperti Chacha Maembong untuk menikmati kehidupan zaman remajanya dengan berhibur bersama rakan-rakan tercinta. Namun adalah lebih baik sekiranya aksi-aksi sebegini tidak dirakamkan, lebih-lebih lagi jika anda ialah seorang selebriti. Kenalah jaga reputasi diri kan?

Berdasarkan informasi yang diberi, video tersebut telah dimuatnaik oleh rakan gadis mirip Chacha Maembong ke Insta Storynya. Jadi sudah tentu bukan niat pelakon itu untuk menonjolkan dirinya sedang berparti sambil berbikini sebegitu. Namun mungkin di masa hadapan, selebriti-selebriti boleh memaklumkan kepada rakan-rakan supaya jangan memuatnaik video yang mampu menjatuhkan nama baik mereka. Tak gitu?

Apa pun kita tunggu penjelasan daripada Chacha Maembong. Sama-sama kita nantikan.

33 responses to (VIDEO)Mirip Chacha Maembong Berparti Di Bali Tersebar

  1. Anon says:

    Astaghfirullah…semoga mendapat hidayah Allah. Kalau tak kesian kat diri sendiri, kesian lah dekat Ayoh tu. ?

  2. cici caca says:

    vdeo ptma xjelas. yg kedua tgk body mcm askar wataniah mmg blh dikatekan sure caca. tp mate org lain xtau la. ahaks. wow.. jom gelek

  3. Anonymous says:

    x pasti

  4. chubby lover says:

    yang mana satu? yang merah ke yang pink? sebab tak nampak cam chacha pun..

  5. Ani says:

    betul …Allah swt turunkan tsunami paling dahsyat hapus kan terus artis2 gini ….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini