(VIDEO)Mirip Chacha Maembong Berparti Di Bali Tersebar

Hiburan

(VIDEO)Mirip Chacha Maembong Berparti Di Bali Tersebar

Sedang Abang Nara cuba melelapkan mata malam semalam, tiba-tiba diri ini menerima beberapa buah video yang menunjukkan beberapa orang gadis sedang berhibur. Menurut si pengirim video, salah seorang daripada gadis tersebut ialah pelakon Chacha Maembong. Memakai bikini berwarna oren di dalam video tersebut, gadis mirip Chacha Maembong ini dikatakan sedang berparti di Bali bersama rakan-rakannya. Jelas mereka sedang bergembira dan berseronok dapat meluangkan masa bersama-sama,

chacha maembong

Advertisement

Tiada apa yang salahnya untuk seorang gadis seperti Chacha Maembong untuk menikmati kehidupan zaman remajanya dengan berhibur bersama rakan-rakan tercinta. Namun adalah lebih baik sekiranya aksi-aksi sebegini tidak dirakamkan, lebih-lebih lagi jika anda ialah seorang selebriti. Kenalah jaga reputasi diri kan?

Berdasarkan informasi yang diberi, video tersebut telah dimuatnaik oleh rakan gadis mirip Chacha Maembong ke Insta Storynya. Jadi sudah tentu bukan niat pelakon itu untuk menonjolkan dirinya sedang berparti sambil berbikini sebegitu. Namun mungkin di masa hadapan, selebriti-selebriti boleh memaklumkan kepada rakan-rakan supaya jangan memuatnaik video yang mampu menjatuhkan nama baik mereka. Tak gitu?

Apa pun kita tunggu penjelasan daripada Chacha Maembong. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...