(VIDEO)Mengapa #MH17 Lalui Ruang Udara Ukraine? Juruterbang Terkenal Jepun Beri Penjelasan

Trending

(VIDEO)Mengapa #MH17 Lalui Ruang Udara Ukraine? Juruterbang Terkenal Jepun Beri Penjelasan

Tragedi Malaysia Airlines MH17 telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia, menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh berlaku.

Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.
mh17_2
Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur.

Advertisement

Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.

10473122_10152603137325329_6565562516647811895_n

Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.

Dan ini jelas apa yang sememangnya dilakukan oleh penerbangan MH17: mengambil jalan paling terus ke Malaysia. Sudah tentu, bukan semua penerbangan mengambil jalan paling singkat, dan pengalihan arah penerbangan disebabkan cuaca buruk dan situasi kecemasan, bukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Oleh itu, ramai tertanya mengapa MH17 terbang menerusi ruang udara sebuah kawasan yang dikatakan zon perang yang aktif.

Untuk menjawab persoalan tersebut, NHK atau Parbadanan Penyiaran Jepun menemubual Hiroyuki Kobayashi, seorang juruterbang terkenal di Jepun yang pernah terbang di semua laluan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Japan Airlines (JAL) dan hampir kesemua laluan domestik Jepun. Beliau telah bersara pada tahun 2003.

Seperti yang diterangkan oleh pesara penerbangan itu, pesawat penumpang sering melalui ruang udara zon perang apabila ia disahkan selamat untuk penerbangan altitud tinggi. Kobayashi memberitahu yang dia sendiri berpengalaman terbang melalui ruang udara Vietnam, Iran dan Iraq semasa perang berlaku di negara tersebut. Selagi pesawat terbang lebih tinggi dari altitud 10, 000 meter di kasawan perang, ia sepatutnya berada dalam keadaan selamat, terutamanya jika telah diputuskan bahawa senjata yang mampu menembak pesawat tidak digunakan oleh pihak yang berperang.

Walaupun helikopter dan kapal terbang lain telah diserang dalam konflik Ukraine yang terbaru, tidak ada sebarang petunjuk bahawa terdapat peluru berpandu yang mampu mengenai pesawat penumpang dari permukaan kawasan itu, sedang digunakan di situ. Kobayashi juga menekankan bahawa laluan itu ialah laluan yang sangat biasa digunakan untuk penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.

Anda boleh tonton video NHK yang menerangkan tentang laluan penerbangan tersebut di bawah. Ia berteknologi rendah, namun menggunakan benang atas glob menyebabkan penerangan itu mudah difahami.

Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara.

Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.

Sumber: NHKWikipedia
Gambar: YouTube

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...