(VIDEO)Masih Ramai Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Hingga Polis Suraikan

Trending

(VIDEO)Masih Ramai Enggan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Hingga Polis Suraikan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengerahkan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan mulai 18 hingga 31 Mac untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 yang kini berada pada tahap membimbangkan.

Bagaimanapun, sehingga semalam, masih ramai enggan mematuhi perintah tersebut. Mereka masih berkumpul-beramai-ramai sehinggakan mereka disuraikan oleh pegawai polis.

Advertisement

Dalam satu tweet tular, sekumpulan remaja dilihat masih berkumpul untuk bersenam dan bermain permainan di gelanggang tempat terbuka berdekatan kawasan perumahan mewah.

Mereka bagaimanapun bersurai dan pulang ke rumah masing-masing setelah diarahkan oleh polis peronda.

Dalam satu insiden lain, orang ramai dilihat berbaris dipercayai untuk keluar ke Singapura di Johor Bahru Checkpoint. Mereka dilihat tidak mematuhi peraturan menjauhkan diri dari khalayak (social distancing) dengan jarak 1 meter, sehingga diingatkan oleh seorang pegawai polis bahawa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, mereka tidak dibenarkan ke luar negara.

Sementara itu di Kedah, ada yang mengadakan kenduri kahwin dan langsung mengabaikan perintah kawalan pergerakan apabila membina tempat bankuet untuk tetamu makan meramai-ramai. Mereka juga disuraikan oleh pegawai polis.

Sementara itu ada yang menyunting video polis menyuraikan mereka yang berkumpul dengan audio makian Truly Diva AA.

Nah ni version Diva AA makikan dia orang ni ? pic.twitter.com/bhgzUXy8UH

— Realist (@dyzulll) March 19, 2020

Sekiranya ada ada melihat sesiapa tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan, anda boleh menghubungi

Bersama kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk membendung wabak COVID-19. #StayAtHome – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...