Minggu lepas kita semua telah melihat taktik sepasang pasangan kekasih mencuri kasut di rumah orang yang berjaya dirakam oleh CCTV sehingga tular di media sosial.
Baca: Pasangan kekasih curi kasut sama-sama
Kejadian sama seperti ini kini tular di Twitter apabila sepasang suami isteri berpura-pura sedang membelek kasut di dalam butik di Pulau Pinang.
Curi apa tu guys pic.twitter.com/T7yHwIJjro
— Yedhzzy (@Yedhzulkafli) October 8, 2019
Dalam video ini, ia memaparkan pasangan ini sedang membeli belah bersama-sama. Tetapi inilah taktik terbaru pencuri yang anda semua perlu tahu.
Dimana, kita semua melihat bahawa wanita memakai jubah berwarna hitam, bertudung labuh pada mulanya mengambil sepasang kasut untuk diberikan kepada suami yang sedang membelek baju yang digantung.
Lalu si isteri membawa kasut tersebut kepada suami untuk dicuba, sebelum mengeluarkan sesuatu dalam beg berwarna hitam, dipercayai cutter untuk memotong tag elektronik pada kasut tersebut.
Semasa melakukan pencurian, lelaki tersebut memandang sekeliling bagi membenarkan wanita mencuba kasut agar dia boleh memotong tag elektronik tersebut.
Selepas itu, apa lagi mereka masukkan kasut tersebut ke dalam beg yang dibawa apabila tiada siapa yang memerhatikan mereka.
Video ini telah mendapat 5900 retweet daripada netizen.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa tak semestinya mereka yang memakai tudung labuh itu alim dan baik.

Bertudung labuh itu hanya untuk mengaburi semua. Ingat, jangan mudah percaya dengan pemakaian seseorang, tetapi akhlaknya.
Gunakan cutter potong tag
Zaman sekarang ini, susah sangat nak percayakan orang!
Sumber: Twitter