Pejam celik pejam celik dah 125 tahun rupa-rupanya Coca-Cola berada di pasaran. Serius lama. Teringat masa muda remaja suka minum Coca-Cola setiap hari. Sekarang pun suka jugak tapi dah kurang sikit. Wife tercinta tak bagi minum banyak-banyak. Dan untuk meraikan 125 tahun, Coca-Cola ada buat satu video yang bagi Abang Nara sangat awesome.
Nice kan? Agak kreatif jugak idea yang dilakukan oleh team Coca-Cola bersempena dengan kempen “Buka Coca-Cola, Buka Semangat”. Memang terasa bersemangat je tengok video di atas. Tak gitu? Dan untuk tambahkan lagi semangat korang, Abang Nara nak bagi 2 set botol Coca-Cola special edition sempena 125 tahun mereka.
Menarik kan? Senang je nak menang limited edition botol Coca-Cola nie. Caranya ialah:-
Sila komen di dalam entri ini “Apakah Pengalaman Menarik/sukar dilupakan bersama Coca-Cola”. Suka hati andalah nak buat karangan berapa panjang. 2 pengkomen yang paling menarik akan memenangi hadiah istimewa ini
Abang Nara sarankan korang tengok video di atas dulu sebelum bagi komen. Mana tau dapat datang idea. Terima kasih pada Coca-Cola sebab memberi peluang kepada pembaca blog ini untuk memenangi hadiah menarik ini.