Satu video menunjukkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia memukul seorang warga asing menggunakan kayu atau rotan dalam sebuah bilik telah menjadi viral.
Video itu turut memperlihatkan seorang lelaki yang memakai t-shirt Bersih 5 memerhatikan kejadian itu.
Warga asing dipercayai dari Bangladesh itu dipercayai dipukul teruk kerana ‘bermain’ semasa kerja.
“Nanti mahu bayar?”
“Sini kerja main, kah?”
“CCTV tak ada sini dalam.”
Warga asing itu dilihat melolong kesakitan akibat dipukul dengan kuat dilengan dan kaki berkali-kali.
Video yang dimuat naik oleh laman Melayu Kini itu kini telah mendapat lebih 1,800 shares dan beberapa Netizen dilihat meminta Polis Diraja Malaysia membuat tindakan lanjut.-amazingnara.com
Sumber: Melayu Kini