(VIDEO)Lelaki Dipenjara Sepuluh Hari Kerana Tendang Anjing Di Seri Kembangan

Trending

(VIDEO)Lelaki Dipenjara Sepuluh Hari Kerana Tendang Anjing Di Seri Kembangan

Seorang lelaki dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana menendang seekor anjing.

tendang anjing

Advertisement

Lelaki itu didapati bersalah oleh Majistret Mohd Hezri Shahharil di bawah Seksyen 44 (1)A Akta Binatang 1953 kerana kekejaman terhadap haiwan. Hukuman itu berlangsung mulai semalam.

Satu rakaman kamera litar tertutup yang diambil pada 17 Jun tahun ini dan kemudiannya dimuat naik oleh Facebook Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR) pada 20 Jun menunjukkan lelaki itu, yang berusia 50-an, menendang anjing itu beberapa kali.

Pengasas dan Presiden MIAR, Puspa Rani, berkata insiden itu berlaku di sebuah kedai mencuci pakaian di Seri Kembangan, Selangor. Katanya kepada Rakyat Post:

Kami memuat naik empat video insiden itu, satu menunjukkan dia menendang anjing tersebut, satu lagi menunjukkan dia memukul anjing dengan kayu dan terdapat satu video lain menunjukkan dia melanggar anjing dengan keretanya.

Kerana tidak mahu lelaki itu mengulang perbuatannya, Puspa berkata anjing itu kini berada di bawah jagaan MIAR buat masa ini.

Dia kelihatan bencikan anjing. Jadi untuk keselamatan anjing itu, ia kini berada di bawah jagaan kami.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...