(VIDEO)Lelaki Dan Wanita Bergaduh Kerana Wajah Sebenar Tidak Seperti Foto Internet

Trending

(VIDEO)Lelaki Dan Wanita Bergaduh Kerana Wajah Sebenar Tidak Seperti Foto Internet

Dua rakan dalam talian telah dirakamkan bergaduh di tengah jalan setelah bertemu buat pertama kali dalam kehidupan sebenar, masing-masing menuduh satu sama lain menipu gambar dalam Internet.
internet-friends-fight-3

Dalam video itu yang dirakamkan di sebuah bandar China yang tidak diketahui, lelaki dan wanita itu didengari menjerit kepada satu sama lain kerana keduanya kecewa dengan penampilan masing-masing, lapor Hong Kong Yahoo News. Jerit si wanita:

Advertisement

Saya pukul kamu. Jadi? Tengoklah bagaimana rupa kamu, berani kamu tuding jari pada saya!

internet-friends-fight-1

internet-friends-fight-2

Lelaki itu mengeluarkan telefon dan menunjukkannya kepada orang ramai yang lalu lalang.

Tengok, saya dijemput untuk berjumpa dengan seorang rakan online. Tengok rupanya sekarang, dan tengok rupanya dalam foto ini.

Tanya wanita itu pula:

Kamu semua jadi hakim. Bukankah ini wajah saya? Bukankah ini saya? Kamu yang menipu saya. Celaka!

internet-friends-fight-4
Pergaduhan itu menjadi semakin serius, kini melibatkan serangan fizikal. Lelaki itu akhirnya meninggalkan wanita itu setelah menolaknya ke lantai. Wanita itu kemudiannya berang dengan saksi di tempat kejadian serta menjerit:

Kamu sedang tengok apa? Kamu bukan nak tolong saya pun!

Dia kemudiannya berlalu dari situ dengan hati yang membara. Lihat video pergaduhan mereka di sini:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...