(VIDEO)Lelaki China Menghidap Skizofrenia Belasah Budak Dua Tahun Di Kaki Lima

Trending

(VIDEO)Lelaki China Menghidap Skizofrenia Belasah Budak Dua Tahun Di Kaki Lima

Video seorang kanak-kanak China berusia dua tahun dibelasah di kaki lima oleh seorang lelaki yang menghidap skizofrenia semasa dua orang melintas berhampiran tanpa bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu telah muncul di Internet, membuat orang ramai berang.

Mereka ingin bagi lelaki yang membelasah kanak-kanak itu dihukum mati.

Advertisement

yanan-savage-attack-1

Menurut Xinhua News, pada kira-kira pukul 8.00 malam 4 Mei lepas, seorang kanak-kanak dibiarkan bermain tanpa pengawasan di luar sebuah restoran di Yan’an, wilayah Shaanxi. Tanpa disedari seorang lelaki berjalan ke arah kanak-kanak itu dan mula menendang dan memijak kanak-kanak itu dalam satu serangan ganas yang berlangsung hampir 40 saat.

yanan-savage-attack-2

yanan-savage-attack-3

Semasa lelaki itu menggunakan sebatang penyapu untuk memukul kanak-kanak itu berkali-kali seorang penunggang motorsikal dan seorang pejalan kaki lalu berhampiran, bagaimanapun mereka langsung tidak bertindak membantu kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak itu sedang dirawat di Hospital Kanak-kanak Xi’an dan berada dalam keadaan stabil. Ibu bapanya memberitahu pemberita dia mengalami pendarahan otak dan beberapa tulangnya retak.

Penyerangnya ditahan polis dan sedang dilokap. Lelaki itu bernama Wang, dikatakan berasal dari sebuah kampung di Luochuan berdekatan Yan’an dan dikatakan menghidap skizofrenia.

Institut Kesihatan Mental Nasional memberitahu skizofrenia ialah sejenis penyakit kronik menyebabkan penghidap mengalami delusi. Hanya segelintir penghidap skizofrenia mempamerkan sikap ganas.

Netizen yang memberi komen tidak memaafkan lelaki itu, majoriti mahukan penyerang itu dihukum mati. Salah satu komen paling popular ialah:

Kalaupun dia sakit mental, dia masih patut dibunuh.

Saksikan video dibawah. Perlu diberi perhatian bahawa video ini boleh menyebabkan penonton rasa terganggu. Tonton atas risiko sendiri:

PST2015 kembaLi menemui ANDA pada 29 & 30 Mei ini…membawakan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) dengan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 7 May 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...