August 7th, 2015

Banyak yang berlaku di Malaysia waktu ini, dari kisah derma berbilion untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri digugurkan dan diganti dengan yang baru, kejatuhan teruk nilai ringgit, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan terbaru, penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang kemudiannya disahkan milik MH370.

Kalau tak kental, hilang semangat juga dibuatnya dengan keadaan negara ini pada zaman sekarang. Atas sebab itu, Najwa Mahiaddin telah menghasilkan sebuah lagu yang memberi semangat kepada rakyat Malaysia supaya bertabah untuk menghadapi keadaan yang sukar.

Lagu itu berjudul ‘After the Rain’ turut menampilkan penyanyi luar negara, JUNY.

“After The Rain” by Najwa Mahiaddin featuring JUNY“I believe in the power of music and its ability to heal. May this song provide comfort and strength to us all in these trying times.” We may all fall downBut we all get upHold your head up Malaysia After the rain comes the sun – Najwa Mahiaddin #KeepYourHeadUpMalaysia #AfterTheRain ARTIST: Najwa Mahiaddin Instagram: http://j.mp/NajwaInstaSONGWRITERS: JUNY: http://j.mp/[email protected] STUDIO: Maveriq Studios: http://j.mp/MaveriqStudiosPUBLISHER: MVQ MUSIC: http://j.mp/MaveriqDIRECTOR: Director: http://j.mp/HenryOoiPRODUCTION COMPANY: Playhouse: http://j.mp/PlayhousePicturesSOCIAL MEDIA: Mediasaya: http://j.mp/Mediasaya

Posted by Najwa Mahiaddin on Thursday, 6 August 2015

Menurut Najwa di laman Facebooknya:

Saya percaya pada kuasa muzik dan kebolehannya untuk merawat. Semoga lagu ini memberikan kelegaan dan kekuatan kepada kita semua semasa keadaan yang mencabar sekarang.

Setakat artikel ini ditulis video lagu itu telah dikongsikan sebanyak 6,954 kali di Facebook. Lagu itu ternyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Yalah, asyik dengar lagu cinta sesama manusia, sekali sekala kita dengar lagu yang memberi semangat pula. Tahniah Najwa untuk penghasilan lagu ini.

Pakat ghamai2 pi tgk Festival Boria 21-22 ogos 2015 kat Fort Cornwallis, padang kota lama..macam2 ada

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 6 August 2015


Comments are closed.

Loading...