(VIDEO)Korea Utara Umum Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia

Trending

(VIDEO)Korea Utara Umum Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia

Satu video telah muncul di Internet, menunjukkan media Korea Utara yang dikawal pemerintahan Kim Jong-un memberitahu peminat bola sepak negara itu bahawa pasukan kebangsaan mereka telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Kita telah lama tahu bahawa pemimpun agung negara itu, Kim Jong-un, mengawal aliran informasi kepada rakyatnya dengan rangkaian televisyen hanya akan melaporkan berita positif tentang Korea Utara.

Advertisement

Tetapi dalam satu laporan sorotan berita olok-olok yang dimuat naik ke YouTube, media negara itu didapati menyiarkan berita bahawa Korea Utara sedang mara untuk mendapatkan piala teragung bola sepak, walaupun sebenarnya tidak layak untuk bertanding dalam Piala Dunia.

kim

Laporan itu mendakwa pasukan Korea mara ke akhir setelah mengalahkan Jepun 7-0, USA 4-0 dan China 2-0. Ia turut menunjukkan Kim Jong-un menerima sambutan hangat oleh peminat Piala Dunia yang berada di Brazil ketika Jong-un ‘melawat’ mereka.

Sudah tentu perlawanan akhir sebenar yang berlangsung Ahad ini ialah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam laporan itu ialah ‘imbas kembali’ dari perlawanan, dengan pasukan mereka ditunjukkan menjaringkan gol dan–walaupun klip itu tampak sudah lama.

Sebelum ini juga negara itu mendakwa melalui media dan memberitahu rakyat bahawa angkasawan mereka ialah yang pertama di dunia telah mendarat ke matahari. Lagi hebat dari mendarat di bulan tu.

Ya lah tu.

Laporan asal: Toronto Sun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...