Petang hari ini (10 September 2020), banjir kilat telah pun melanda ibu kota Kuala Lumpur. Air setinggi 1.5 meter telah menenggelamkan bangunan serta kereta-kereta yang diparkir di kawasan Masjid Jamek. Sudah pasti ramai yang tersangkut tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak boleh memandu kereta.
Namun begitu, sebuah video telah pun viral di mana sebuah kereta Kelisa telah pun berjaya merempuh air banjir di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Aksi yang cukup mendebarkan ini telah mendapat tepukan daripada orang ramai yang menyaksikan detik penuh bersejarah ini.
Iyerlah, siapa sangka sebuah kereta Kelisa, bukannya 4WD dapat merentasi air yang begitu dalam sekali. Memang sesak nafas dibuatnya menonton video ini.
Jangan pandang hina kereta KELISA ok!! Chaiyokkk!! pic.twitter.com/OilanwfNmp
— MFO (@pheezothman) September 10, 2020
Video ini juga telah mendapat reaksi lucu netizen
Diminta pihak Perodua kembali mengeluarkan model Kelisa ini supaya lebih ramai daripada kita akan berjaya melakukan aksi penuh bergaya ini apabila banjir kilat melanda Kuala Lumpur.