Sebelum ini, suami penyanyi Adira, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah digosipkan keluar dengan seorang pelakon baru iaitu Ardell Aryana. Ia berlaku sebelum beliau berkahwin dengan Adira yang merupakan isteri kedua. Bagaimanapun satu video yang menunjukkan suami Adira keluar dengan seorang wanita telah tersebar. Wanita dalam video tersebut mengenakan gaun berwarna dusty pink dan kini telah tersebar yang wanita itu ialah pelakon Nur Ruhainies.
Dihubungi oleh mStar Online berkenaan perkara itu, Ruhainies telah tampil mendawka ‘diperangkap’ oleh Red dan dia juga tidak pasti apakah tujuan Red berbuat begitu. Kata Ruhahies:
Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik serta pembantu peribadi.
Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap.
Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, dia mengaku keluar bersama Red yang merupakan seorang ahlli perniagaan pada Khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa.
(VIDEO)Kantoi ‘Dating’ Dengan Suami Adira, Ruhainies Dakwa Diperangkap Datuk Red
Dakwa Ruhainies, dia telah menjadi talent untuk video hari raya syarikat Red namun sekepas itu, lelaki tersebut sering menghubunginya untuk mengajak keluar.
Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.
Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.
Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain.
Ruhainies berkata, dia berasa kesal apabila menjadi mangsa dan terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan.
Katanya, dia tidak tahu niat sebenar Adnan itu yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.
Sekali lagi saya tegasakan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.
Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum.
Pada pendapat kami, apa yang dikatakan Ruhainies ada benarnya kerana mengikut video yang diterima oleh kami, mereka hanya berjalan bersama untuk ke destinasi mereka dengan ditemani oleh seorang wanita lain.
Anda boleh membuat penilaian sendiri. Apa kata anda?