(VIDEO)Jatuh Dari Bahu Bapa Semasa Naik Eskalator: Kanak-kanak Perempuan Parah

Trending

(VIDEO)Jatuh Dari Bahu Bapa Semasa Naik Eskalator: Kanak-kanak Perempuan Parah

Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan parah dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Pinang kerana terjatuh dari dukungan sewaktu menaiki eskalator.

jatuhKejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.

Advertisement


Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Video kejadian itu dimuat naik oleh pengguna Facebook Cik Puan Noriah dan mendapat lebih 5,000 shares.

Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah duduk di atas bahu seorang lelaki dipercayai bapanya.

Kurang seminit, kanak-kanak yang sama kelihatan terjatuh dari eskalator dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki yang memakai baju berwarna jingga mengambil mangsa dan membawanya ke sebalik tembok.

Orang ramai di dalam kompleks berkenan turut terkejut dnegan kejadian itu dan ada yang berlari selepas melihat kanak-kanak malang itu terjatuh.

Turut kedengaran dalam video yang berdurasi 57 saat itu, suara individu yang menyalahkan lelaki dipercayai bapa mangsa yang meletakkan anaknya dalam keadaan bahaya ketika menggunakan eskalator.

Netizen turut kecam tindakan lelaki berkenaan dan mahukan kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada golongan bapa.-amazingnara.com

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...