Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan parah dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Pinang kerana terjatuh dari dukungan sewaktu menaiki eskalator.
Kejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.
Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.
Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah duduk di atas bahu seorang lelaki dipercayai bapanya.
Kurang seminit, kanak-kanak yang sama kelihatan terjatuh dari eskalator dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Seorang lelaki yang memakai baju berwarna jingga mengambil mangsa dan membawanya ke sebalik tembok.
Orang ramai di dalam kompleks berkenan turut terkejut dnegan kejadian itu dan ada yang berlari selepas melihat kanak-kanak malang itu terjatuh.
Turut kedengaran dalam video yang berdurasi 57 saat itu, suara individu yang menyalahkan lelaki dipercayai bapa mangsa yang meletakkan anaknya dalam keadaan bahaya ketika menggunakan eskalator.
Netizen turut kecam tindakan lelaki berkenaan dan mahukan kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada golongan bapa.-amazingnara.com
Sumber: Berita Harian