Sebenarnya kami tidak pasti sama ada budak ini benar lima tahun. Tapi rupanya macam lima tahun, anggap saja lima tahun.
Kami andaikan bahawa perbualannya dengan budak perempuan ini berlaku di hari pertama persekolahan di sebuah pra-sekolah di Taiwan. Apa yang menarik, budak ini begitu matang sekali cuba memujuk budak perempuan yang mahu menangis kerana mahu ibunya datang menjemputnya.
Dia tenang saja menjawab persoalan yang diajukan oleh budak perempuan ini. Dan kemudian meminta budak perempuan itu agar tidak takut. Janjinya:-
Jangan risau, saya akan lindungi kamu.
Comel kan?