(VIDEO)”Iman Kena Kuat..”- Ditawar RM50 Suruh Urut Z*kar, Pekerja Spa Ini Trauma Hadap Lelaki Gatal

Kehidupan

(VIDEO)”Iman Kena Kuat..”- Ditawar RM50 Suruh Urut Z*kar, Pekerja Spa Ini Trauma Hadap Lelaki Gatal

Satu perkongsian daripada seorang pekerja spa ini telah menjadi viral dan berjaya mencuri perhatian netizen.

Kata wanita yang dikenali sebagai @sis_ren07 ini, dia berasa trauma kerana sering diganggu oleh individu gatal dan menakutkan ketika bekerja di spa.

Advertisement

Cerita Ren di TikTok, dia pernah dikunjungi seorang lelaki untuk mendapatkan perkhidmatan urut namun terkejut kerana tiba-tiba sahaja individu itu meminta untuk diurut di bahagian kelamin.

Meskipun sudah menolak, lelaki itu berkali-kali memujuknya sehingga sanggup menawarkan wang sebanyak RM50 sebagai upah.

Namun begitu, setelah cerita itu menjadi tular, Ren menerima kecaman daripada sesetengah netizen yang menganggap dirinya sekadar mereka cerita yang tidak benar.

Ren mengakui berasa terkilan dan menjelaskan bahawa situasi itu bukanlah rekaan semata-mata dan menganggap bahawa hanya pekerja spa massage yang mungkin memahami akan dilema tersebut.

Ada juga yang cakap saya ni reka cerita saja. Siapa yang pernah kerja massage mesti faham.

Dalam pada itu, Ren menegaskan bahawa para pekerja di spa tempat dia mencari makan kini semuanya menjaga maruah diri dan tidak sesekali menerima sebarang permintaan tidak bermoral daripada lelaki ‘hidung belang’.

TikTok

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan sikap dan tindakan wanita itu yang menolak sebarang ajakan tidak berfaedah dan sama sekali tidak bermaruah untuk dilakukan.

Ada juga yang menasihati agar Ren sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat kerja selepas ini.

vape tebuk dada
2 years ago

"Berlubang Dada Kena Tebuk"- Nak Lari Dari Rokok, Wanita Ini Terkesan Lihat Derita Penghisap Vape

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...