Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO)Highlight Kemenangan Malaysia 3-0 Ke Atas Indonesia Final Piala AFF Suzuki Cup

***Mohon maaf kerana daripada blog gosip tiba-tiba bertukar menjadi blog bolasepak. Hidup Malaysia!!!

Advertisement

Esok, Malaysia akan bertandang ke Jakarta untuk final kedua Piala AFF Suzuki Cup. Berbekalkan kemenangan 3-0, kita ada bekalan selesa di sana. Tapi player Malaysia tak boleh over confidence. Kita kena kekalkan corak permainan yang ditunjukkan di Bukit Jalil.

Kata orang, sebelah tangan Malaysia sudah pun menggengam Piala Suzuki AFF Cup nie. Tapi di Indonesia nanti confirm pelbagai halangan bakal menimpa. Kami pasti yang rakyat Indonesia akan membuat serangan laser ke atas player Malaysia nanti. Dan dengarnya, pelakon Julia Perez bakal memakai baju laser untuk menganggu tumpuan pemain kita.

Sebelum kita berjuang di Jakarta, kita imbas kembali detik-detik kemenangan di Bukit Jalil di video di atas. Dalam 3 gol yang dijaringkan, gol favourite kami tak lain tak bukan tandukan dari Safee Sali. Sekali tengok macam tandukan Wayne Rooney. Macam peluru menerjah gawang Markus yang terkesima tak tahu nak buat apa.

Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga dan sokongan buat pemain bola sepak negara kita. Walaupun rakyat Indonesia sekarang sedang membuat serangan cyber di Twitter dan Facebook untuk memburukkan nama negara kita, persetankan semua itu. Yang penting kemenangan bakal jadi milik mutlak kita.

Indonesia boleh memang di Internet, tapi juara di padang bola sepak pasti jadi milik Malaysia. Harimau pasti membaham Garuda di Jakarta. Malaysia boleh!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top