(VIDEO)”Harap Saman”- Pintu Belum Buka Lif Dah Bergerak, Kaki Lelaki Ini Cedera Akibat Tersangkut

Kehidupan

(VIDEO)”Harap Saman”- Pintu Belum Buka Lif Dah Bergerak, Kaki Lelaki Ini Cedera Akibat Tersangkut

Sebuah perkongsian di laman Twitter baru-baru ini telah mencetuskan perasaan ‘ngeri’ terutamanya buat mereka yang menggunakan perkhidmatan lif sehari-hari.

Ini berikutan rakaman video yang dimuat naik individu ini menyaksikan seorang lelaki mengalami kecederaan kerana kakinya tersangkut akibat perkhidmatan lif yang tiba-tiba sahaja mengalami masalah teknikal.

Advertisement

Dalam video yang didakwa berlaku di Flat Desa Pinang 2, Pulau Pinang itu memaparkan seorang lelaki yang memasuki lif itu terjatuh dipercayai tersadung kerana mesin angkut itu tiba-tiba bergerak secara mengejut.

Insiden itu menyebabkan kaki lelaki itu terjuntai dan tersangkut di antara pintu lif dan bangunan.

kaki tersangkut lifSumber : Twitter  

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap insiden itu adalah disebabkan lif itu mengalami masalah teknikal dan berharap lelaki itu menyaman syarikat pengendali lif terbabit.

Dah macam cerita Final Destination pula kan!

Nazri aziz pelancongan sukarelawan
3 years ago

"Bencana Banjir Di Pantai Timur Boleh Dijadikan Tarikan Pelancongan 'Sukarelawan'"- Nazri Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...