(VIDEO)Guna ATM Sebagai Cermin Sikat Rambut, Gadis China Dipukul

Trending

(VIDEO)Guna ATM Sebagai Cermin Sikat Rambut, Gadis China Dipukul

Satu video menunjukkan seorang gadis memukul gadis lain yang menggunakan mesin ATM sebagai cermin di Harbin, China menjadi viral baru-baru ini.
atm-catfight
Dalam video itu yang dirakamkan oleh seorang saksi, seorang gadis dilihat menggunakan ATM sebagai cermin untuk menyikat rambut, menyekat orang lain untuk menggunakan mesin ATM itu bagi pengeluaran wang. Seorang gadis bertubuh tinggi yang berada di belakang gadis itu mula memarahi gadis yang menyikat rambut sebelum menolak gadis itu jatuh ke tanah. Di tengah-tengah pergaduhan itu, gadis yang menyikat rambut menyatakan yang rantainya bernilai 2, 000 yuan (RM 1, 113.14).

Video itu dikongsikan dengan meluas di Weibo, di mana ramai memberikan justifikasi sama ada tindakan gadis tinggi itu wajar dilakukan. Seorang pengguna berkata:

Walaupun gadis yang memukul itu cantik, dia tidak berdisiplin.

Manakala seorang lagi berkata:

Ya, gunakan ATM untuk bercermin itu salah, tetapi tidak perlu sampai bergaduh dan putuskan rantai gadis itu. Saya rasa ada penyelesaian lain yang lebih sesuai.

Advertisement

Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...