(Video&Gambar) Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan Jadi Hero, Gagalkan Cubaan Bunuh Diri

Trending

(Video&Gambar) Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan Jadi Hero, Gagalkan Cubaan Bunuh Diri

2

ANKARA: Presiden Negara Turki, Recep Tayyib Erdogan berjaya memujuk seorang lelaki yang dilaporkan cuba membunuh diri dari jambatan Bosporu setinggi 211 kaki yang menghubungkan kawasan Eropah dan Asia.

Kejadian yang berlaku selepas solat Jumaat semalam, seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan telah cuba memanjat pagar jambatan untuk terjun ke dalam laut, beliau telah dipujuk oleh pihak polis selama 2 jam namun tidak berjaya.

Advertisement

Akhirnya Edrogon bersama pengiring yang melalui kawasan tersebut secara kebetulan telah memberhentikan kenderaan dan cuba memujuk lelaki berkenaan.

1 (1)

Menurut pembantu Presiden, Edrogon telah meminta pembantunya membawa lelaki tersebut ke keretanya untuk bercakap.

Pegawai yang mengikuti beliau itu terus pergi memujuk lelaki tersebut dan menyatakan bahawa presiden ingin berjumpa dengannya.

Lelaki itu yang agak terkejut telah meniti pagar jambatan untuk memastikan individu yang berada di dalam kereta tersebut adalah benar-benar Edrogan, iaitu Presiden Turki.

3

Selepas mengenal pasti kelibat presiden itu, dia telah bersetuju naik semula dan berjumpa dengan presiden Turki tersebut dengan mereka dilihat berbual seketika dan akhirnya lelaki itu dilihat mencium tangan presiden.

4

Memetik laporan The Associated Press, lelaki tersebut cuba membunuh diri kerana tertekan dengan masalah keluarga dan di dalam perjumpaan itu, Edrogan telah berjanji untuk untuk membantunya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...