Tular di media sosial Instagram dan TikTok apabila sebuah video memaparkan seorang wanita sedang bekerja di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur telah mencuri perhatian netizen.
Digelar sebagai ‘Iron Lady’, video milik akaun TikTok @siva_wwc6 itu telah memperlihatkan seorang wanita berhijab yang tidak gentar melakukan tugas baikpulih di menara berketinggian 88 tingkat itu, lengkap dengan pakaian keselamatan.
Difahamkan, wanita itu bernama Maya Sidek dan kini berkhidmat sebagai ‘Rope Access Technician’ dan juga ‘Non-Destructive Testing Technician’.
Maya yang juga seorang isteri dan ibu ini ternyata layak mendapat gelaran ‘Iron Lady’ kerana ramai yang menyifatkan dia sebagai individu yang berani dan berjiwa besar melakukan pekerjaan berisiko tinggi itu.
So much respect! Puan telah memecahkan stereotaip dan stigma masyarakat kepada wanita. Teruskan usaha.
Terbaik! Puan bukan calang-calang orang. Sangat berani dan berinspirasi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang tertanya-tanya mengenai jumlah pendapatan yang diperolehi hasil daripada pekerjaan itu kerana pastinya ia mewah dan sangat lumayan.
Kalau setakat gaji RM5,000 ke RM8,000 ribu memang tidak lah. Mesti berpuluh-puluh ribu sesuai dengan kerja yang dilakukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.